> harini blog ni jadi blog untuk review. review movie, bukan untuk download la
> tahun 2007, ingat lagi x movie Ghost Rider?
> kisahnya seorang rider yang buat perjanjian dengan setan untuk sembuhkan
kanser yang ayah dia hidap
> perjanjiannya ialah dia kena bagi roh dia kat setan supaya ayah dia sembuh
> lepas 5 tahun, baru wujud sekuel filem ni. agak lama jugak. top woo filem ni
> sekuelnya, Ghost Rider: Spirit of Vengeance (2012)
> tarikh tayangan untuk filem ni kat Us 17 Feb 2012. kalau kat Malaysia
16 Feb 2012
> tayangan selama 1 jam 35 minit dan bajet? Us$75juta
> hero filem ni masih dilakonkan oleh Nicolas Cage - Johnny Blaze.
xkan x kenal. dia hero filem Bangkok Dangerous (2008)
> selain Nicolas Cage, filem ni di lakonkan oleh :
Johnny Whitworth sebagai Roarke Carrigan/Blackout
- dia memegang watak jahat. mulanya dia ialah orang. lepastu jadi Blackout
selepas ditukar oleh setan untuk selesaikan tugasnya. dia diberi kelebihan
utk lawan dengan Ghost Rider
- x kenal dia? dia berlakon dalam siri CSI: Miami. wataknya Detective
Jake Berkeley
Fergus Riordan sebagai Danny
- budak yg terperangkap dalam hal dunia gelap dan diselamatkan oleh
Johnny Blaze
- x pasti dia pernah berlakon ke x sebelum filem ni
Ciarán Hinds sebagai setan
- antara filem dia yang lain ialah Harry Potter and the Deathly Hallows –
Part 1 & 2. ala yang jadi Aberforth Dumbledore tu
Violante Placido sebagai Nadya. mungkin pengganti watak Eva Mendes
Idris Elba sebagai Moreau
- antara filem sebelum2 ni ialah american gangster dan thor
Christopher Lambert sebagai sami
- filem popular dia yang lain ialah mortal kombat tahun 1995
Nantikan kemunculan filem ni di pawagam berhampiran anda anda
anda ~. dah macam producer filem la pulak.
Sources
1, 2
4 comments:
tak sabar nak tunggu citer ni kuar wayang.hohoho...tengok trailer macam best
wah.. dlu memang layan cite ghost rider ni.. fenomena jugak la, ltak theme ghost rider kat nset..
@arelan
tengok trailer pun dah style. movie lagi la gempak kot
@mr labu
betul2. mesti theme tengkorak berapi kan hehe
Nice info..hubby saye nak sangat tgk movie ni..
Post a Comment